Pieces Of Me

An insight into my rock and roll world. piece by piece. Photobucket
My name is Nurfarhain Nabila binti Mohd Yasin. Hello there ;)

KUPU-KUPU MALAM

duhai si kupu-kupu malam
berkeliaran tanpa arah tujuan
cantik tetapi tidak berharga
mencari yang sedang memerlukan
menggoda yang sedang kelaparan


duhai si kupu-kupu malam
menjadi permaisuri di jalanan
tatkala malam melabuhkan tirainya
tatkala muda mudi mula meliarkan diri
menempah dosa yang hakiki


duhai si kupu-kupu malam
pulanglah ke asalmu
bersihkan dirimu daripada najis-najis kota
kota yang penuh dengan anasir-anasir
syaitan yang menjajah minda muda mudi
muda mudi yang kurang ilmu agama di dada mereka


duhai si kupu-kupu malam
berhentilah menjual maruahmu
berhentilah mensia-siakan anugerahNya
kerana dirimu adalah hak milik kekal yang Maha Esa
seluruh hidupmu adalah daripada belas kasihan dariNya


duhai si kupu-kupu malam
keluarlah daripada kegelapan
lembah yang penuh dengan kehinaan
berlindunglah di bawah cahaya Illahi
cahaya yang mendamaikan dan abadi
duhai si kupu-kupu malam
patahkan sayapmu ynag kotor itu
dan kembalilah ke fitrah asal mu.

0 comments:

Post a Comment