dunia semakin uzur
bersama kemundurun pemikiran manusia
dimamah masa yang entah bila penghujungnya
hanya Dia yang mengetahuinya
menanti saat yang bakal tiba
saat untuk menamatkan semuanya
dunia semakin uzur
tetapi manusia masih lagi leka
mencari emas dan permata
gah dan bangga yang tiada tempatnya
betapa malangnya manusia
akan hilang dalam beberapa ketika
tanpa membawa kemewahan mereka
hanya budi pekerti, amal, serta agama
yang boleh dibawa ke alam seterusnya
dunia semakin uzur
seluruh isi alam dirampas dengan kejamnya
oleh manusia yang tiada berguna
sehingga hilang kesemuanya
sedarkah kita akan tanggungjawab kita?
untuk menjaga anugerahNya
muhasabahlah diri kita
dan marilah kita pulang
pulang ke asal kita
pulang ke warisan kita
sebelum semuanya terlambat
sedarlah kita wahai manusia
bahawa dunia semakin uzur
hanya menanti detik kemusnahannya
bersama seluruh isi alamnya.
0 comments:
Post a Comment